Tuesday, August 5, 2008

Rainforest World Music Festival 2008


Rainforest World Music Festival melanda tanah Borneo

Seluruh masyarakat dari pelbagai negara telah membanjiri tanah Borneo di Kuching, Sarawak setelah sekian lama menunggu untuk pesta yang terulung, iaitu Rainforest World Music Festival ( RWMF ) untuk tahun ini.

Aura RWMF amat hangat di kalangan orang ramai, tidak kira masyarakat tempatan mahupun masyarakat dari luar negara sebelum, semasa dan selepas RWMF diadakan kerana pesta ini yang dinanti – nantikan oleh setiap masyarakat dari pelusuk dunia.

Rainforest World Music Festival ( RWMF ) ini merupakan pesta yang amat popular di kalangan masyarakat tempatan mahupun masyarakat dari luar negara. RWMF ini diadakan setiap tahun pada setiap bulan Julai di Kuching, Sarawak. Sarawak menjadi tempat pilihan untuk pesta ini diadakan kerana negeri Sarawak masih mengekalkan hutan tebalnya dan masih mengekalkan alam semulajadi. Maka, pesta ini amat sesuai diadakan di tanah Borneo yang indah dengan hutan – hutan tebal.

Rainforest World Music Festival ( RWMF ) diadakan setiap tahun selama tiga hari untuk menyambut pesta muzik yang dikenali sebagai muzik etnik yang diadakan di Kuching, Sarawak, Malaysia. RWMF ini mempunyai acara – acara yang menarik termasuk bengkel budaya dan muzikal pada waktu siang dan konsert yang bertemakan persembahan muzik etnik pada waktu malam.

Kumpulan – kumpulan muzik yang terlibat akan membuat persembahan dan mengadakan bengkel sepanjang pesta ini berlangsung. Ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan muzik – muzik tradisional dan etnik kepada generasi – generasi muda pada hari ini. Kumpulan – kumpulan muzik terdiri daripada kumpulan – kumpulan muzik tempatan dan kumpulan – kumpulan muzik daripada luar negara seperti Scotland, Madagascar, New Zealand, Mongolia, Jamaica dan Zimbabwe.

Rainforest World Music Festival ( RWMF ) ditubuhkan oleh empat orang terpenting, iaitu Randy Raine – Reusch, yang merupakan World Music Instrumentalist daripada Canada ( bersama dengan kumpulan ASZA ), Robert Basiuk , seorang rakyat Canada yang kini menetap di Kuching, ( bekas Ketua Pemasaran di Sarawak Tourism Board ( STB ) ) dan dua orang adik – beradik yang bekerja di Society Atelier of Sarawak, iaitu Eldric Ong sebagai arkitek yang professional dan Edgar Ong, bekas wartawan dan kini pembikin filem.

Rainforest World Music Festival ( RWMF ) ini diadakan pada tahun 1997 untuk kali pertama dan kini pesta yang popular dan mendapat sambutan ramai ini menyambut ulang tahun yang ke – 11, di mana pesta ini diadakan pada 11hb sehingga 15hb July 2008. RWMF ini diadakan di Kampung Budaya, Kuching, Sarawak. RWMF ini merupakan pesta yang mengadakan bengkel, taklimat tentang muzik etnik dan alat – alat muzik tradisional, sesi latihan dan konsert mini yang diadakan pada waktu siang, dan diikuti dengan persembahan yang diadakan di kedua – dua pentas utama. Pada tahun lepas, 2007, pesta ini telah dibanjiri oleh 8000 orang penonton dari pelusuk dunia.
Walaupun mempunyai jadual untuk persembahan dan bengkel disediakan, penonton tidak dipaksa untuk mematuhi segala jadual yang disediakan. Mereka boleh datang dan pergi sesuka hati mereka. Pada waktu siang, bengkel akan diadakan di dalam rumah – rumah tradisional di Kampung Budaya. Bengkel ini untuk pengetahuan penonton tentang istimewanya muzik tradasional. Melalui bengkel ini, penonton dan penghibur boleh berkomunikasi dengan lebih dekat lagi. Pada masa yang sama, ianya juga boleh mengeratkan lagi silaturahim antara semua orang yang terlibat.

Sebuah buku yang bertajuk “ Music without Borders ” yang diterbitkan oleh Tourism Board dan ditulis oleh Heidi Munan telah diterbitkan dengan 5000 salinan untuk memperingati ulang tahun RWMF yang ke – 10. Buku ini merupakan buku tentang RWMF dan gambar – gambar sepanjang pesta ini berlangsung. Buku ini diterbitkan untuk kenangan dan untuk sesiapa sahaja yang berminat.

Sepanjang pesta ini, pengawal – pengawal keselamatan akan mengawal di sekitar dalam dan luar Kampung Budaya supaya tidak ada orang awam yang menimbulkan masalah atau memalsukan tiket. Di ruang masuk Kampung Budaya, penonton harus mengemukakan tiket mereka kepada kakitangan pesta tersebut dan akan diberi gelang tangan yang mempunyai UV strip. Pengesan besi juga digunakan oleh pengawal –pengawal keselamatan untuk mengesan besi – besi yang tidak digalakkan di dalam beg – beg penonton untuk keselamatan orang awam. Kini, pengawal – pengawal keselatan RWMF menggunakan khidmat anjing K9 sepanjang pesta ini untuk mengesan dadah yang terlarang yang cuba diseludupi masuk oleh penonton – penonton yang tidak bertanggungjawab.

Akhirnya, Rainforest World Music Festival 2008 yang ke – 11 telah tamat pada 12.15 pagi pada hari Ahad, 13hb Julai 2008. Ini merupakan pesta yang terbaik dan penonton – penonton amat berpuas hati dengan pesta ini. Mereka amat berpuas hati dengan penganjuran, kejutan – kejutan dan juga hujan yang turun.

Penonton – penonton juga berpuas hati dengan bengkel – bengkel yang diadakan. Bukan itu sahaja, penonton – penonton memberi tepukan yang amat gemuruh untuk menandakan mereka berpuas hati terhadap bengkel – bengkel tersebut. Penonton – penonton juga berpuas hati dengan pelbagai muzik tradisional daripada pelbagai negara yang telah dipersembahan pada waktu malam. Pesta RWMF 2008 telah dibanjiri sebanyak 22, 000 orang penonton sepanjang pesta ini berlangsung. Pada hari Jumaat, 11hb Julai 2008, sebanyak 7219 orang penonton, hari Sabtu pula, 12hb Julai 2008, sebanyak 9063 orang penonton dan 6291 orang penonton pada hari Ahad, 13hb Julai 2008.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi dan isteri, Datin Sri Jeanne Abdullah dan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib serta isteri Datuk Amar Hajah Lila bersama – sama menyertai pesta ini pada petang Jumaat tersebut. Hujan yang lebat pada hari Jumaat, tidak mematahkan semangat penonton untuk menikmati keseronokan pesta ini. Bukan itu sahaja, tanah yang basah dan becak kerana hujan juga tidak mematahkan semangat penonton untuk terus menikmati keseronokan pesta ini.

Rainforest World Music Festival ini telah dipersembahkan oleh Xpax, disokong oleh Menteri Pelancongan, Malaysia, Menteri Pembangunan dan Pelancongan, Sarawak dan Shell, ditaja oleh HSBC, ASTRO, Malaysia Airline ( MAS ), MASWings, serta Water Genesis dan Guiness. RWMF ini juga dijayakan dan dibantu oleh sukarelawan – sukarelawan dan sukarelawati – sukarelawati daripada dalam dan luar negara. Rainforest World Music Festival ( RWMF ) yang ke – 12 akan diadakan pada 10hb sehingga 12hb Julai 2009.

Tuesday, July 29, 2008

Kepentingan Alam Sekitar


CINTAILAH ALAM SEKITAR KITA...

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan tenang. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Kepentingan - kepentingan alam sekitar adalah seperti kesihatan setiap manusia terjamin, untuk tarikan pelancong, pembekal udara yang segar, ekosistem yang stabil, habitan hidupan darat dan air terjamin dan terpelihara serta mengelakkan kepupusan.

Kesihatan manusia amat penting untuk setiap manusia yang tinggal di dunia ini. Jika alam sekitar yang tidak terjaga dan penuh dengan pencemaran, manusia akan terdedah kepada pelbagai penyakit. Ini akan menjejaskan kesihatan manusia dan boleh membawa kepada penyakit - penyakit yang berbahaya. Bukan itu sahaja, alam sekitar yang terjamin boleh menarik tarikan pelancong ke negara kita. Dalam pada yang sama boleh membantu pelancongan negara dan membantu ekonomi negara. Selain itu, alam sekitar yang bersih boleh menjadi pembekal udara yang segar kepada manusia. Manusia boleh menghirup udara yang segar dan sihat tanpa ragu - ragu. Manusia juga boleh mengelakkan diri daripada terjebak dengan penyakit yang berbahaya jika alam sekitar sentiasa terjamin. Selain itu, alam sekitar yang terjaga boleh mengekalkan ekosisten yang stabil untuk sesebuah negara. Habitat hidupan darat dan air juga akan terjaga dan terpelihara jika alam sekitar dijaga dan dijamin. Ini boleh membantu hidupan - hidupan air dan darat tidak pupus di dunia ini serta mengekalkan generasi - generasinya. Alam sekitar yang bersih juga boleh mengekalkan segala ciptaan Tuhan di dunia ini supaya tidak pupus dan terus membiak.

Kini alam sekitar tidak diendahkan,malah lebih memburukkan lagi, manusia sendiri yang memusnahkan dan menghancurkan alam sekitar yang indah ini. Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut menyumbang dalam kemusnahan alam sekitar. Selain daripada itu, kemusnahan alam sekitar juga disebabkan oleh penggunaan baja kimia secara berlebihan, penebangan pokok - pokok secara berleluasa, pembakaran terbuka, pembebasan gas - gas seperti karbon monoksida, sulfur oksida dan hidrokarbon, pengeluaran sisa - sisa bahan toksik yang berbau busuk dan beracun serta pembuangan sisa - sisa toksik yang berleluasa di kawasan perindustrian.

Alam sekitar yang sedang mengalami kemusnahan telah membawa banyak kemudaratan kepada manusia dan hidupan tidak kira hidupan di darat ataupun di air. Kesan - kesannya seperti pencemaran udara dan jerebu, fenomena hujan asid, pencemaran bau, pemcemaran air, kemusnahan hidupan akuatik, peningkatan suhu sekitar / pemanasan global, keracunan makanan, hakisan tanah dan banjir kilat serta kesihatan manusia terjejas. Setiap kesan - kesan ini secara tidak langsung menjejaskan kesihatan manusia. Bukan itu sahaja,kesan - kesan seperti ini mengancam nyawa setiap manusia. Bukan itu sahaja, segala habitat - habitat hidupan darat dan air juga akan terjejas oleh kesan - kesan ini. Lihatlah betapa pentingnya alam sekitar untuk setiap ciptaan Tuhan di dunia ini.

Teknologi yang semakin canggih telah menghasilkan pelbagai produk menyebabkan semakin banyak berlakunnya pencemaran. Secara tidak langsung,alam sekitar menjadi mangsa; baik di udara, laut ataupun di darat. Langkah - langkah haruslah diambil untuk membersihkan alam sekitar kita. Langkah - langkah ini boleh dibahagikan kepada empat tahap. Peringkat pertama ialah peringkat antarabangsa, diikuti pula pemerintah, organisasi dan individu.

Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini bertindak sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat kepada orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku sesuatau pencemaran alam.Langkah yang kedua iaitu, pihak pemerintah dalam negeri, misalnya Singapura, telah mengadakan berbagai undang-undang dan acara untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda dan kehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang sampah atau kimia sewenang-wenangnya akan disaman.Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anak-anak murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar.Kelab remaja booleh mengadakan himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggunjawab dalam pembuangan sampah.Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.

Kesimpulannya, setiap manusia di dalam dunia ini, mahupun rakyat kelas atasan, kelas sederhana atau kelas bawahan haruslah bekerjasama untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Ini boleh mengelakkan manusia daripada terkena penyakit - penyakit yang berbahaya serta mengekalkan segala habitat hidupan darat dan air. Pendek kata, mengekalkan kebersihan dan kesegaran alam sekitar ialah kepentingan bersama. Cintailah alam sekitar untuk menjamin kesihatan anda.